Assalamualaikum...
Dalam entry lepas Minthy ada cerita yang rasa x sedap badan & gusi sakit sangat berdenyut. Minthy ingatkan badan kekurangan air, maklumlah bulan puasa kan. Selalunya sakit akan berkurangan setelah beberapa hari. Tapi kali ni, lama pulak sakitnya sampai bengkak2 gusi. Nak makan pon susah, hanya mampu telan air je. Memandangkan orang sekeliling Minthy tengah demam, cik yam (mak kepada Mrs. Mimi) dan Mak Minthy pon demam jugak, Minthy ingatkan berjangkit dari mereka. Risau juga raya nak dekat dah, sakit pulak. Redha je la. So, Minthy makan ubat sakit gigi cap kaki tiga tu, untuk kurangkan sakit gigi. Mmg berkesan, tapi 3-4 jam aje. Sampai tak boleh tido sebab simptom da jadi makin teruk, badan panas, selsema pulak tu. Sambil2 tu da rasa kurang sikit sakit, sempat la siapkan 2 jenis biskut raya. Pernah tengok tak ubat sakit gigi cap kaki tiga? Mcm ni rupa dia..Minthy amik yang kaler biru dalam bentuk pil.
 |
.:.Yang ni bentuk serbuk.:. |
Masuk sehari sebelum raya, keadaan Minthy makin teruk even lepas mkn ubat pon badan jadi lemah2 sangat. Tu pun gagahkan juga buat nasi impit ngan kuah kacang. Rendang x sempat buat sebab kepala da berpinar sangat masa tu. Sampai terlupa nak wish anniversary kat husband, dah hujung2 dalam pukul 11pm baru teringat sebelum Hari Raya, 7hb Ogos adalah hari ulangtahun perkahwinan kami.Mak Minthy pula call sebab nak hantar Abu. Diorg nak balik kampung di Johor. So, Minthy jaga Abu kejap.
 |
.:.Ni la dia Abu, The Maine Coon.:. |
Masuk hari raya pertama, demam makin teruk sampai tak larat sangat nak bangun. Bergantung pada ubat shj. Masak juga rendang, tak tau apa rasa sbb tengah demam semua rasa hilang. Tu pun masak dalam pukul 9.00mlm. Mr. D balik keje baru la dpt mkn nasi impit, kuah kacang & rendang. Tak keluar ke mana2 pun beraya sebab Mr. D kerja hari raya pertama. Hanya bertemankan si Abu ni je lah yang jadi penghibur hati.
Pelik sebab kali ni demam lama sangat, gusi plak membengkak makin teruk. Bertambah risau sebab tak dpt nak keluar g klinik. Mana ada klinik kerajaan bukak time raya ni. Minthy suka g klinik kerajaan. Sambil2 tu google je la pasal sakit gusi ni. Simptom2 yang ada menjurus kepada pertumbuhan gigi geraham bongu a.k.a Pericoronitis. Itu dia yang dicari2.
Apa itu Pericoronitis?
Menurut website dari colgate, Pericorontis ni adalah radang yang berlaku akibat pertumbuhan gigi geraham bongsu ataupun "Wisdom teeth" yang berlaku diantara mereka yang berumur 16 tahun hingga 30 tahun (sumber dari beberapa blog).
Antara simptom2nya ialah:-
- Tisu gusi akan membengkak dan kesakitan yang serius di sekitar gusi. Sukar untuk mengunyah makanan akibat bengkak.
- Berbau macam besi dan lidah hilang rasa ( x dpt rasa manis, masin, pahit etc)
- Gusi disekeliling juga membengkak.
- Kesakitan dikawasan rahang dan dagu.
 |
.:.Mcmni lah (sekadar gambar hiasan).:. |
Cara rawatannya pulak, mmg menakutkan Minthy sebab memerlukan minor surgery..huhu..bab surgery ni mmg gerun. Meh kita tgk:-
- Biasanya dentist akan check tahap gusi tu bengkak, jika terlalu bengkak, dia akan beri ubat tahan sakit & anti-bengkak. Pastu buat appoinment balik bila bengkak da surut.
- Kalau x serious sgt bengkak tu, dentist akan buat x-ray, pastu tgk sama ada gigi yang baru nak tumbuh tu senget ke tidak, tgk la kedudukannya selamat atau x utk bagi dia tumbuh.Contoh macam gambar kt bwh ni, gigi tumbuh secara melintang, dah mmg confirm kena buang.
 |
.:. Yg ni confirm kena buang.:. |
- Seterusnya, jika da di diagnose kena buang, dentist akan buat minor surgery. Biasanyanya dentist akan bius di sekitar kwsn gusi tu.Kemudian, akan memotong sedikit gusi dan mengorek keluar gigi.
- Sesudah tu baru dentist akan menjahit kembali luka.
- Ni salah satu dari kaedah rawatan Pericoronitis:-
Treatment
Pericoronitis can be tricky to treat. That's because the flap of gum tissue won't go away until the wisdom tooth emerges naturally, the tissue is removed or the tooth is removed. Your dentist will clean the area thoroughly by rinsing under the flap with water to remove bits of food and pus. Your dentist also may need to remove damaged tissue. If the area is infected, you'll most likely be given antibiotics.
Your dentist will explain how to keep the area clean, which is the best way to prevent the problem from returning. This usually involves brushing and flossing daily and rinsing your mouth with water several times a day. These steps will help to prevent food from getting stuck under the gum flap.
In some cases, your dentist may suggest removing the erupting tooth. Or the dentist may want to remove the tooth above it, which bites down on the gum below. If your dentist thinks the tooth may erupt fully into the mouth without problems, he or she may leave it alone. However, if pericoronitis comes back, the tooth may be extracted.
Pericoronitis that causes symptoms should be treated as soon as possible. If it is not, the infection can spread to other areas of your mouth. The most severe cases are treated in a hospital. They sometimes require intravenous antibiotics and surgery.
Terjemahannya:-
Rawatan
Pericoronitis boleh menjadi seperti 'tarik tali' (sekejap ok, sekejap sakit). Ini kerana kesakitan pada gusi tidak akan hilang dgn sendiri sehingga gigi bongsu tu keluar habis atau gigi itu dibuang terus.Dentist akan cuci di kwsn sekitar gusi dgn air untuk membuang sisa2 makanan. Mungkin juga akan memotong dan buang lebihan tisu gusi yang rosak. Jika kwsn gusi itu dijangkiti, anda akan diberi antibiotik.
Dentist akan terangkan pada anda cara untuk membersihkan kwsn gusi tu untuk elakkan terjadi lagi jangkitan. Rutin memberus, flos dan kumur2 dengan air beberapa kali sehari untuk mengelakkan makanan melekat pada kwsn gusi yang bengkak.
Untuk sesetengah kes, sebahagian gigi akan dibuang jika mengganggu pertumbuhan gigi bongsu. Sama ada gigi yang bersebelahan atau di atas gigi bongsu. Jika tidak mengganggu, dentist akan membiarkan gigi itu tumbuh. Akan tetapi, jika kesakitan datang kembali, gigi bongsu akan dibuang.
Pericoronitis perlu dirawat secepat yang mungkin, jika tidak ia akan memerangkap kuman dan menyebarkan keseluruhan mulut. Dan jika berlarutan, kes akan dirujuk ke hospital untuk melakukan pembedahan dan diberi antibiotik.
So, macamana pulak dgn cara penjagaan selepas surgery? Jgn pandang remeh penjagaan selepas surgery untuk mengelakkan sebarang jangkitan. Sila ikut arahan dentist anda. Minthy akan kongsikan sedikit, untuk diri sendiri gak nanti.
- Selepas penbedahan, anda dinasihatkan untuk tidak makan atau minum makanan panas. Untuk mengelakkan darah terus mengalir, kemam ais untuk membeku dan menghentikan pendarahan.
- Anda dinasihatkan untuk makan makanan yang lembut sahaja. Seperti bubur.
- Seeloknya dalam masa 3 hari anda perlu berpantang untuk mempercepatkan luka sembuh.
- Dentist akan membuat temujanji untuk membuka jahitan selepas seminggu.
Memandangkan Minthy masih demam sekarang, maka Minthy akan tangguhkan dahulu untuk jumpa dentist. Hari ni dah masuk Hari raya ke-6 pon masih belum sembuh sepenuhnya. Tapi, Minthy bersyukur sangat pada Allah, sebab walaupun tak dapat beraya bersama keluarga tercinta, sekurang2nya Minthy dapat beraya dengan Mr. D, dan dapat berehat sepuas2nya dan juga dapat layanan seperti tuan puteri lagi. Hahaha..
Selama hampir 8 hari juga la Minthy tak keluar rumah untuk mengelakkan menjadi lebih teruk lagi. Seperti dikuarantinkan di rumah. Walaupun duduk di rumah sahaja, Minthy tak boleh tidur nyenyak sebab hidung tersumbat dan kesakitan yg teramat selepas kesan ubat habis. Pergh! Redha dan sabar je, dugaan Allah nak beri. Minthy terima dgn tawadhuk.
Selama 3 hari Minthy cuba ambil ubat, tetapi badan makin lemah dan tidak mampu berbuat apa2. Nak tido pon x bleh kan. Dpt tido sekejap, pastu terjaga balik. Mmg x cukup tido. Lastly, Minthy nekad x nak amik ubat, tapi Minthy amalkan pengambilan Aurawhite (choclate Indulge) + AuraShine. Minthy dpt bekalan dari Mrs. Mimi. Barulah boleh tidur nyenyak sampai ke pagi. Nak tau Mitnhy amik yang mana? Jom skodeng jap..
 |
.:.AuraWhite Pure L-Gluta (Chocolate Indulge).:.
|
 |
.:.Aura Shine Orange Berry Mint.:.
|
Dengan pengambilan 3 hari berturut2 sebanyak 2 kali sehari, dapat membantu Minthy mengurangkan panas badan, mengurangkan lendir (kahak), boleh melakukan kerja rumah (dpt keluarkan peluh), lingkaran hitam bwh mata semakin pudar, kulit tidak pucat dan lembab. Syukur alhamdulillah, semakin hari semakin baik, bengkak pada gusi pon da berkurangan dah tidak menyakitkan seperti masa makan ubat sakit gigi tu. Biasanya lepas demam mesti confirm batuk2, sakit tekak, kan? Dengan mengamalkan AW (Aura White) + ASH(Aura Shine) ni, alhamdulillah batuk da hampir sembuh, tekak x sakit dah.
Sekarang masih sakit kepala sikit. Sakit itukan penebus dosa. Moga2 Allah Ampunkan dosa Minthy. Insyaa Allah, amin.
Credit to Mr. Mimi. Boleh usha2 page Mrs. Mimi Peony kat Facebook.
Salam Hari Raya buat semua. Maaf Zahir & Batin ^_^
Terima kasih kerana sudi baca blog Minthy yang x seberapa ni..
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. ;)
Wassalam..