Hari ni dah raya ke-8, malasnya rasa nak g keje..hehehe..kalo x kerja mana nak dpt gaji kan? huhu..
Pepagi lagi da berjurai air mata..bukan apa, tgh nak simpan makanan dalam fridge, skali 'DUM'! Kepala Minthy terhantuk kat bucu pintu fridge atas. Kuat la plak tu..senak dibuatnya, tersedu2 dok tahan sakit. Uwaaa..terkeluar ayaq mata...Btoi la org ckp, ayaq mata ni kan boleh keluarkan enzim seperti 'pain killer'. Malah lebih kuat dari morfin.
Antara lainnya kenapa wanita ni kuat menangis? Wanita diciptakan lebih lemah berbanding lelaki, salah satu cara untuk mereka meluahkan perasaan ialah dengan menangis. Mereka menangis bila tersentuh perasaan (sedih, gembira, kesakitan etc). Selepas menangis, mereka akan lebih ceria, kuat dan bersemangat. Betulkan?
Berbanding dengan lelaki, kerana ego mereka menahan diri dari menangis kerana dianggap 'lembut' jika menangis dikhalayak ramai. Jika mereka sakit, mereka menahan diri dengan mengeluarkan kata2 kesat, memarahi dan menyakiti hati orang lain. Jika mereka sedih, mereka akan menjauhkan diri dari orang lain dan mengakibatkan stress pada diri mereka sendiri. Dan jika mereka gembira, kadangkala mereka tidak menunjukkan kegembiraan mereka dan menahan diri dari berkongsi dengan pasangan mereka. Betul kan?kan?
Nak tau apa kebaikan menangis? Jom intai..
- Membantu penglihatan : Air mata yang dihasilkan dapat mencegah mata dari dehidrasi dan dapat mencerahkan penglihatan dari kabur.
- Membunuh bakteria : Air mata seperti antibiotik. Ia mengandungi cecair lisozom yang dapat membunuh 90%-95% bakteria yang ada pada keyboard, semasa bersin, pada tombol pintu dalam masa 5 minit. Best kan? So, nak bunuh bakteria x yah sental pakai Lifebuoy lagi..korang nangis je pon da ok..Heheh..
- Meningkatkan mood : Dapat menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan tenang kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
- Mengeluarkan racun : Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional adalah mengandungi racun. Tapi jangan salah sangka, air mata yang dikeluarkan itu mengandungi yang dibawa keluar dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.
- Mengurangkan stress : Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu hormon endorphin leucine-encaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi. Jadi, orang yang suka menahan perasaannya boleh mengakibatkan stress dan tertekan. Tak salah rasanya lelaki nak menangis kan? Orang tua2 dahulu sering berkata, orang lelaki mesti kena kuat, tak boleh menangis. Ini semua mitos. Kerana itu lah, mereka tak dapat meluahkan perasaan dan menjadi tertekan akibat tekanan perasaan.
- Membaiki komunikasi : Selain dari baik untuk kesihatan , menangis juga dapat membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis akan menceritakan masalahnya pada seseorang yang dapat mendengar dan memberikan bantuan, ini dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
- Melegakan perasaan : Semua orang akan merasainya. Walaupun anda dihujani dengan pelbagai masalah dan cabaran, setelah menangis biasanya anda akan merasa lega yang amat. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan membuatkan seseorang itu merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendamkan sahaja atau akan menangis dengan penyesalan di kemudian hari.
Memang pun, lepas je Minthy menangis sampai berjurai2 air mata menahan sakit. Dapat lagi hugs dari Mr. D, terus je OK. Sakit tu da rasa berkurangan. Sampai kat tempat kerja, hari ni buat kerja dengan penuh semangat lagi..Hehehe..siap Mr. Bos belanja kek tiramisu (tak pernah2 belanja kita kan). Mana tak nya, semua kerja yang dia arahkan, siap on time. Hehe..
Balik kerja plak, masa dalam komuter dah sampai kat stesen BTS, ada sorg budak cina muntah. Terkena la sikit kat baju Minthy. Kesian dia muka da pucat. Disebabkan nak kejar bas, basuh sikit2 je. Memandangkan mood ok hari ni, Minthy tak marah2 mcm slalu. Harap2 hari selepas ini pon mood positif je,kan? Insyaa Allah..
No comments:
Post a Comment