Hari ni dah hari raya yang ke-5. And WoW! Minthy masih belum dapat merasa pakai baju raya. Tahu kenapa? Nanti Minthy akan kongsikan di entri akan datamg..Tapi sebelum tu Minthy nak share pengalaman persiapan sebelum sambut raya.. Hehehe..
Kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan. Minthy sgt excited untuk menyambut hari raya pada tahun ini, 1434H. Segala keperluan telah disiapkan. Minthy dah berniat nak buat kuih raya sendiri tahun ini. Oven dah ada, tapi mixer blom ada. So, Minthy ke Sogo KL lepas kerja pada minggu terakhir puasa. Survey punya survey, Minthy beli mixer jenama Tefal. Tadaaa..
| :. Ni la mixer tu..Harga Retail RM189. Minthy dpt diskaun RM149.:. |
Minthy sanggup turun belajar dengan mak mertua adik di rumah mereka di Taman Medan, PJ. Setiap minggu Minthy pergi ke sana untuk belajar cara-cara buat biskut. Minggu pertama, Minthy belajar buat Almond London. Pengalaman buat biskut raya ni sgt seronok bila melibatkan ramai orang. Adik beradik kepada ipar memang sgt sporting spanjang pembikinan Almond London ni. Segala penat lelah hilang bila biskut siap. Bukan tu je, dapat rasa hasil tangan sendiri sehinggan Mr. D memuji air tanganku. Hehe..Credit tu Cik Yam dan Mrs.Mimi sebab banyak beri tunjuk ajar. Dapat sebalang biskut, Minthy bwk blk rumah utk beri Mr. D rasa hasil air tangan Minthy. Bila Mr. D balik kerja, Minthy hulurkan sesuap. Dia tanya mana dpt, Minthy kata ni la hasil lepas seharian belajar buat Almond London. Dia kata OK je. Dlm hati, "aih..OK je ke". Tak pe..tggu la nnt. Keesokkan mlm, tgk balang kuih da susut sikit. Minthy tanya kat Mr. D, lepas buka dia mkn sikit, siap tanya Minthy. "Ni buat ke beli?"~ Minthy kata," Buatla..penat tau sampai lenguh tangan dok pukul adunan..Kenapa?"~ "Sedap sgt, mcm beli kat kedai"~ Hehehe..nampak x berkat keikhlasan nak belajar cara buat biskut, berbaloi juga bila dpt hasilnya bilamana org dok puji sedap. Kehkehkeh..
| .:. Gambar Hiasan Sahaja.:.ALMOND LONDON.:. |
Hari yang sama juga, kami belajar buat Red Velvet guna instant batter. Memandangkan adik Minthy belajar mengenai kulinari, kami sama2 buat, tapi dia terpaksa pulang awal. Minthy, adik ipar dan adik2nya pon sambung membikin red velvet. Tadaaa..
![]() |
| .:. Ni lah rupa selepas pembikinan.:. |
Memandangkan blackberry Minthy mengalami sindrom meroyan, hanya sempat selamatkan gambar yang ini je. Tapi x pe, next time Minthy nak buat guna bahan-bahan original. Bak kata adik Minthy, instant ngan yang buat sendiri rasa lain sikit. Well, Kita tunggu je nanti.Hehehe..
Hari yang sama juga kami buat conrflakes madu. Yang ni sangat mudah cara pembuatannya. Buat ramai2 mmg cepat habis. Haritu mungkin ramai pembantu, sebab tu blh buat 2-3 jenis biskut.
| .:. Cornflakes Madu.:. (Sekadar gambar hiasan).:. |
Minggu ke-2, kami buat tart nenas gulung. Kami beli bahan-bahan di kedai BAGUS. Kat kedai ni, macam syurga bakery. Meleleh air liur tgk macam2 ada kat situ. Memandangkan bajet pon ciput je, so beli apa yg patut je dulu. Yang "BAGUS" nye, dpt byk diskaun beli bahan2 bakery ni. Sebelum ni beli kat HERO, Carrefour (sekarang dikenali sebagai Big Aeon Orange). Harga tu boleh tahan la "maheelll" kehkeh..lepas beli kat BAGUS ni mmg murah. Best! Dah mcm promote la plak kan..Whatsoever, mmg berbaloi beli kat situ. Ok..ok..sambung citer kita balik. Minthy beli la sedikit tools mcm mixing bowl, digital scale, baking tins. Eh murah lah! haha..Ok fokus pada tart nenas gulung balik..
Selepas shopping tu, Minthy dibawa melawat dapur pembuatan tart nenas di area berdekatan (actually depa ni one of ipar family member), Minthy dapat tengok cara mengadun, menyemperit adunan, cara gentel inti, cara gulung dan cara polishing. Pergh..such a great. Membuatka Minthy lebih semangat nak buat biskut raya ni. Kira lawatan sambil belajar la tu. Haha..Selepas itu, Minthy dibawa beli baju raya untuk adik2 ipar (yang ni saja2 teman..org kata sambil menyelam minum air).
Selepas tu, baru balik Taman Medan. Rehat jap, sambil2 tu, dok gentel inti tart. Sementara nak tunggu buka puasa la kan. Yang bestnye dpt babysit jap my nephew, Zunnur Muhammad Zuhailey (anak sulung adik).
Lepas je buka, terus buat tart nenas. memandangkan Minthy ada bawak press cookies sendiri, saja nak menge'test' sebab x reti nak guna. Blh la diorg Cik Yam ajar cara nak guna press cookies ni. Nak tau rupa dia camne? Ni ha...
Tahun lepas cuba nak buat tapi gagal. Hahaha..So, that day cuba dengan batter biskut tart ni, menjadi la juga. Siap bergelak ketawa dengan Mira (adik kepada Mrs. Mimi). Sebab hasilnya ada yg kecik ada yang besar, kadang keluar bentuk lain. Apapun mmg happening gila. Tak sempat nak snap gambar pon. Hasilnya mmg memuaskan, untuk first timer, can't aspect hasil yang cantik la kan. Janji sedap. Hehe..
Minthy ada cerita pasal Biskut Cendawan Susu, resepi arwah nenek. Adik Minthy sgt suka mkn biskut ni. Tapi menggunakan tepung jagung butterfly brand Brown & Polson. Puas da Minthy carik serata kedai tapi tak ada jual dah. Minthy pon tak tahu kenapa. Puas meng'google' cari kedai yang menjual. Ada penampakan kekecewaan juga la. Rugi tak buat tahun lepas. Cuba juga carik online tapi 'OUT OF STOCK'.. Sob sob..
| .:.Tepung jagung cap kupu-kupu.:. |
So, Minthy guna tepung jagung yang beli dari kedai Bagus tu. Dia tulis, tepung jagung korea. Hentam je la labu. Minty x sure masa tu berapa anggaran. Sebab dok ingat mak cakap, 1 tin tepung cap kupu2, 1 tin susu pekat. Tapi tepung jagung tu 500gm, Minthy guna 1 tin susu pekat. Lepas adun, tgk melekit yang amat. Pelik la juga. Pas letak atas dulang pembakar tiba2 dia kembang semacam. Alalala..teruskan je la..membazir pulak kalo buang. Bila da siap bakar, rasa dia sama, cuma TERkembang semacam. Dalam hati, ni mesti kena guna cap kupu2 gak. Minthy bagi adik2 ipar rasa, sume dok kata sedap, alhamdulillah..walaupun rupamu macam kembang semangkuk, tapi rasa mu tetap sama. Hahaha..Ni je la gambar yang dapat dari adik ipar..
![]() |
| .:. Sebelum.:. |
![]() |
| .:. Selepas.:. |
Kira puas hati juga la dapat mencuba sendiri buat kuih raya. Minthy ada juga order 2 balang dari kawan di ofis, hasil tangan mak mertua dia jugak. Memang sedap. Cuma tahun ni, Minthy dapat buat sendiri biskut cornflakes dan cendawan susu, resepi arwah nenek.
Tapi tahun ni, kerepek2 dapat sponsor dari mak dan pakcik om. Alhamdulillah, ada 6 jenis kerepek ubi, kerepek pedas, original flavour, black pepper, BBQ, Spicy, 1 lagi tak sure perasa apa. Thank you Mom & Cik Om! ^_^
.



No comments:
Post a Comment